oOOoh

Tukad in the Jungle

gravatar

baru keluar dari hutan

Saya memang sudah lama tidak mengupdetkan blog ini kerana maklumlah, saya tinggal di hutan, that's Y, tukad in the jungle.

Tapi saya sentiasa berada di dalam laman ini: http://dingaradio.blogspot.com/ , Shallom dan Tuhan memberkati kita semua. Let the past go..... ampuni .... supaya dapat masuk syurga... Take cre...

gravatar

nah kan..

Saya betul-betul .. haya..menesting saja karaja saya.. memang saya dah lama tidak update ni blogger. Nga.. itulah saya bilang.. kalau sibuk sudah.. belajar.. begini lah..


Lama butul saya inda update ni blogger. bagus bah ni blogger kasi sedia tampat untuk kita buat blog di internet. Ini sudah cukup bagus. Terima kasih blogger.

Apapun, selamat berblog. :D

gravatar

Saya bilang tunggu dulu




Saya bilang tunggu dulu, tapi kau tidak mau tunggu.
Saya bilang tunggu saya kasi salasai masalah ni dulu, ko inda buli tunggu.
Saya bilang jangan dulu , kau bilang saya mau dulu-duluan,
Saya bilang cuba ko membambalakang dulu sikijap, ko inda mau juga. ko jalan turus...

Banyak kali saya bilang.. sampai saya sudah putus asa... sehingga saya bilang pun saya sudah lupa, berapa kali sudah saya bilang..... Now this was happpend... tapi kalau hari ini saya bilang ada masa lagi... dari kauh bilang saja itu yang kasih tau...

Aku tiada siapa-siapa bah... cuma perlu kasi tau satu.. TURUS TARANG .. itu yang paling saya suka dan senang saya mau masuk jadi kawan.... SUSAH tau... kalau sudah saya bilang tapi bulum pun saya habis kira 1,2,3... ko sudah lari.. padahal saya inda pernah bilang 1,2,3 lari.... inda pernah kan? ko carilah itu mcm orang di dunia ini, mungkin ada tapi dalam dunia saya saja yang ada tu... so, saya hidup untuk saya saja laini..

Saya bilang jangan dulu ko timbak saya sebelum saya gambar ko, ko timbak juga.... sekarang saya sudah mati kana timbak, inda buli hidup lagi.. cuma satu saja sa buli hidup.. dengan satu ciuman yang ikhlas, betul-betul ikhlas... kalau ko inda ikhlas, sa masi mati tu..itu tikus pun menangis sa belum bangun lagi, indada kasi makan derang lagi...

gravatar

saya bukan professor




Kalau saya jatuh cinta, mungkin itu adalah kelemahan saya kerana saya membangkitkan cinta sebelum mengingininya tetapi ianya datang secara tidak sengaja, saya tidak minta-minta tetapi berapa kali saya jatuh cinta dalam satu hari?

Adakah dengan jatuh cinta akan melemahkan semangat saya untuk bekerja? Saya memang jatuh cinta tetapi dengan siapa dan kepada siapa pun saya masih tidak tahu sebab jatuh cinta saya sudah kehilangan arah tuju, no landing.. Kalau kehabisan minyak, pasti saya akan terjunam.

gravatar

apa-apa sajalah

Sama juga kehidupan ini. Tidak pernah berubah sedikitpun. Walau macam manapun kehidupan, senang atau susah.. sama saja... cuma susah itu susah dan senang itu senang... tapi kalau ketenangan dari segi hati dan kehidupan, mana yang paling tenang dan bahagia?

Bila masa untuk mati, akan mati juga. Saya fikir kita ini di lahirkan untuk mengasihi dan di kasihi, membangun dan dibangunkan serta saling membangun. Kalau jatuh, ada orang tolong dan bukan kasi ketawa, bukan cakap "Eh, ko ni buduh betul, kuat lah bah.. buduh! buduh! buduh!.... saya tidak kuat... saya kasi tau.. saya selalu berlari mengejar masa.. saya penat... saya berjalan mengejar masa.. saya ketinggalan.... jadi.. kalau benda ni pun tak faham... bagus sleeping on my pillow....


Siapa yang mau kasi ketawa? Siapa yang mau marah? Macam cerita yang baru saja bercouple, apabila kaki masuk parit, adui sayang.. kanapa kauh ni...??? tapi bila sudah kawin, ceh!! bodoh butul ko ni, inda tinguk tu longkang?


basar-basar sana dapan mata?

Begitulah cerita kami semasa di dapur..... biasa orang yang selalu masak di dapur ialah wanita, tetapi zaman sekarang ini berbeza daripada dulu... orang lelaki yang ada di dapur.... jadi, pertukaran zaman telah berlaku... tapi saya bukan tukang masak.. tukang juga tapi bukan memasak...

Sekarang ini kita cuma berlumba-lumba siapa rumah paling cantik di atas.... jadi kalau kita mati pun tidak rugi, sebab sudah tersedia di atas sana.. kata kawan saya ... jadi.. apa saja lah.. its our choice... Mari kita kerja saja sampai mana saja hidup ini... sambil-sambil tu, kita buat perniagaan... dan mulakan dari awal... jangan terlalu excited pada mulanya.. kalau terlebih... jadinya... sombong dan mau cepat-cepat pigi bulan... padahal belum beli roket lagi. Kalau mati di bulan kebuluran, macam mana?hahaha...

Bayi yang baru lahir pun bulum buli katawa, terus menangis dan tidak terus berjalan... nampak LOLOU lagi......

gravatar

i have no choice

saya akan meninggalkan negeri ini SOON. Sebelum membuat keputusan terakhir, saya akan menumpukan satu perkara dahulu. i dont know samada keputusan saya ini betul atau salah tetapi saya terlalu bosan berfikir mengenainya.

Sebenarnya plan saya pergi ke England untuk seterusnya tetapi terlalu banyak alasan yang dapat menahan saya mengambil keputusan ini. Alasan yang saya fikir sangat munasabah untuk saya.


Bukan mudah untuk mengambil keputusan. Penolong saya pula tidak jujur. Penasihat saya tidak berfikiran jauh dan tidak memahami lalu dia memutuskan untuk mencari orang lain atau dia hanya bermain dengan psycology saja?

Jangan bermain dengan psycology jika tidak tahu bagaimana untuk turn back, psycology akan kenakan anda balik. Bermain dengan psycology perlu tahu di mana pintu masuk dan pintu keluar. Jika tidak, anda akan terkurung di dalamnya dan tidak akan keluar lagi.


Saya perlukan seorang penasihat yang baik dan bukan penasihat pemarah. Jika saya mendapat seorang penasihat yang pemarah, ianya tidak membawa saya berfikiran jauh, malahan saya ada trauma sendiri dengan kemarahan. Saya luahkan semua masalah kepadanya tetapi dia memarahi saya pula, sepatutnya dia memberikan saya idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu.


Saya bukan pakar dalam segala sesuatu. Walaupun saya banyak menulis di dalam blog tetapi saya masih belajar dalam mengatasi masalah baru. Setiap hari saya belajar perkara baru dan tidak pernah berakhir.


Dia tidak mengaku yang saya didalam dia kerana kami masih baru tetapi anggapan saya mengenainya tidak mungkin menjadi jika dia memarahi saya dan menganggap saya bodoh apabila berfikir mengenainya. Mungkin saya tidak faham tetapi saya ikhlas untuk berbuat demikian.

Saya ingin berjaya didalam perniagaan bersamanya dan saya benar-benar perlukan dia .. saya berharap ianya bukan berakhir disini. . tetapi saya benar-benar perlukan dia kerana dia masih sangat baik bagi saya.... keputusan yang saya ambil untuk tidak pergi jauh kerana saya ada dia tetapi sekarang saya berada di antara dua tempat kerana saya tiada siapa-siapa.

i have go to so far from this land... soon!! good bye everythings but save me before i making the final decision....saya tidak takut lagi menghadapi perkara yang besar di depan saya.. saya bersedia menghadapinya kerana Dia bersama saya. Terima kasih kerana doa daripada kawan-kawan..

gravatar

morning has broken





gravatar

semuanya bermula dari keluarga





Bagaimana kita berbicara kepada orang lain yang kita mahu mereka supaya hidup bahagia jika keluarga kita sendiri tidak bahagia?

Bagaimana kita mahu berbicara kepada orang lain yang mahukan mereka harus tenang jika keluarga sendiri tidak tenang?

Bagaimana kita dapat mengikuti contoh yang baik jika kita dapat melihat yang contoh yang kita ikut itu juga tidak mempunyai keluarga yang bahagia?

Jadi, apakah pendapat anda mengenai hal ini? segala sesuatu bermula daripada keluarga. Kalau keluarga kita bahagia, hubungan kita dengan orang lain juga bahagia, bukankah begitu? Mari kita fikirkan bersama...

 

.....


free counter